Friday, 23 December 2011

Cara-cara Melakukan Tekan Tubi


TEKAN TUBI

Senaman tekan tubi ini merupakan senaman yang berkesan ke atas bahagian atas tubuh. Ianya boleh menampilkan susuk badan yang lebih menarik, membina otot bahagian atas torso dan lengan. Tekan tubi adalah senaman yang paling berkesan untuk membina bahagian atas torso kerana ia menggunakan berat badan itu sendiri sebagai rintangan. Tekan tubi menguatkan otot bahagian atas badan terutama deltoids, pectoralis major, dantriceps.


CARA-CARA TEKAN TUBI DENGANBETUL
Suatu prinsip penting yang harus diingati adalah apabila anda melakukan tekan tubi untuk mengekalkan torso pada satah yang mendatar.

1. Kaki dirapatkan serta selari, tangan diletakkan selari dengan dada. Bahagian torso badan diturunkan  
    secara mendatar ke lantai. Bahagian siku berada tinggi sedikit berbanding bahu. Pada waktu ini bahagian 
          tulang-tulang ditangan digunakan untuk menahan berat badan kita.      
2. Selepas itu kita menggunakan otot-otot dan tulang-tulang pada bahagian tangan untuk menolak badan kita  
    ke atas.Akan berlaku pengembangan dan pengecutan pada otot-otot agar tulang-tulang kita mengalami  
    pergerakan.
 
 3. Tangan telah dilunjurkan atau diluruskan ke permukaan lantai. Bahagian tangan telah sepenuhnya  
    mengangkat beban badan kita sendiri. Bersedia untuk menurunkan badan secara mendatar. Pastikan 
    bahagian pinggang dan kaki di kunci atau tidak digerakkan.
4. Bahagian hadapan dan belakang badan di gunakan untuk menolak badan ke bawah secara mendatar. 
    Bahagian tangan kita sepenuhnya digunakan untuk menahan berat badan kita sendiri ketika kita 
    menurunkan badan secara mendatar ini